| 
    20HB.MEI.2012..Warga Kampung Teluk Ketapang begitu bertuah kerana dipilh oleh Menteri Kemajuan 
Luarbandar Dan Wilayah ,iaitu YB.Datuk Haji Mohd Shafie Apdal untuk bersarapan pagi bersama rakyat. 
YB.Datuk Haji Mohd Nasir Bin Ibrahim Fikri selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus bersama YB.Tuan Haji Ahmad 
Razif Bin Abd.Rahman ,Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri selaku Adun Seberang Takir serta Jawatankuasa 
Kemajuan  Dan Keselamatan Kampung , Jawatankuasa Homestay Teluk Ketapang serta Jabatan Kemajuan 
Masyarakat ( KEMAS) telah menyambut kehadiran YB.Datuk Seri.    
   Ketibaan YB.Datuk Seri ,telah disambut dengan paluan Kompang dan diarak sirih junjung serta bunga 
manggar.Selain itu,Pancaragam Sekolah Men.Keb.Ibrahim Fikri telah mempersembahkan Pancaragam 
dengan beberapa lagu yang begitu menarik sekali.Pengurusan Homestay Teluk ketapang mengucapkan 
ribuan terima kasih kepada YB.Datuk Seri kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000.00 
bagi menaiktaraf lamab Budaya Homestay Teluk Ketapang. Ucapan beliau sebelum itu,telahpun mengetahui 
mengenai kedatangan Pelancong ke Homestay Teluk Ketapang dan juga program-program yang telah 
dilaksanakan oleh Homestay ini. Beliau berharap Homestay ini terus maju kedepan agar dapat memacu 
kejayaan yang lebih tinggi serta dapat memrealisasikan hasrat Kerajaan.     
YB.Datuk Seri telah disajikan dengan juadah Nasi Dagang serta Nasi Kunyit - Makanan Traditional dan popular 
Negeri Terengganu. D Ketapang Catering telah diamanahkan bagi menyediakan jamuan sarapan pagi. 
   Warga Teluk Ketapang mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB.datuk Seri diatas kunjungan hormat 
ini dan seterusnya kepada YB.Datuk Haji Mohd Nasir , YB.Haji Ahmad Razif serta YB. Ustaz Muhammad Ramli 
Noh dan Pihak KEMAS dan lain lain Badan NGO yang terlibat dalam menjayakan Program ini. |